Utusan 10 Januari 2011
PETALING JAYA 10 Jan. - Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai
alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya
sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik.
Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie
Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat
telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus
berbanding tahun sebelumnya.
Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada
tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan
permintaannya.
"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan
jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan
sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di
sini hari ini.
Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.
Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi
oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada
pertengahan tahun lalu.
"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di
rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun
pada 5 September 2011," kata beliau.
Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000).
Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini.
Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga
hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5
juta, bergantung kepada keluasannya.
No comments:
Post a Comment