Assalamualaikum Dan salam Sejahtera.
Soalan 1 :
Apa yang dimaksudkan dengan simpanan emas ?
Simpanan emas bermaksud anda menukarkan
simpanan fiat anda,atau peruntukkan hasil pendapatan anda dengan
membeli emas.Emas yang sesuai sebagai simpanan adalah emas fizikal,iaitu
emas dalam bentuk dinar,syiling,bar dan jongkong.
Simpanan emas adalah untuk jangka masa
panjang.Namun boleh disesuaikan mengikut keperluan anda dan dengan
sedikit ilmu anda boleh merancang bagi simpanan jangka masa pendek dan
sederhana juga.
Emas sangat istimewa kerana :
1.Bernilai tinggi kerana rupanya yang cantik.Ia juga boleh menjadi kebanggaan kepada pemiliknya
2.Diiktiraf di seluruh dunia sebagai benda yang berharga
3.Bernilai untuk selama-lamanya dan ia tidak boleh binasa.
4.Mudah dibahagikan tanpa merosakkan nilainya
5.Tidak boleh dicipta dan sukar diperolehi
6.Mudah untuk menukarkan kepada duit
7.Simpanan/pelaburan terbaik kerana ia melindungi kekayaan pemiliknya
Soalan 2 :
Siapakah yang harus menyimpan emas dan dengan siapa hendak dibeli?
Semua orang yang menyimpan wang kertas
yang harus menyimpan dalam bentuk simpanan emas.Wang kertas adalah wang
yang peranan utamanya untuk pertukaran on the spot dan membeli
barang/perkhidmatan.
Wang kertas bukanlah penyimpan nilai
yang baik!Ia akan susut nilai dan terus dimamah inflasi.Manakah yang
anda hendak pilih,menyimpan wang kertas di bank dengan sedikit kenaikan
(belum ditolak inflasi) atau simpanan emas yang mana nilainya naik untuk
jangka masa panjang.
Soalan 3 :
Di manakah saya hendak membeli emas?
Emas fizikal kini boleh dibeli dengan
syarikat emas yang menawarkan emas fizikal dengan harga yang murah dari
harga di kedai emas.Dan kini terdapat berbelas ribu dealer mobile di
seluruh malaysia.Tanpa perlu buka kedai emas,dealer-dealer ini mampu
menjual emas berkilo-kilo.Salah satu platform yang digunakan adalah
melalui blog dan laman sosial.Blog ini salah satu contoh menjual dan
membeli emas di seluruh Malaysia,anda juga boleh rujuk senarai
dealer-dealer kami.
Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sangat murah.Bayangkan jika pergram anda boleh jimat sehingga RM18.
Jika 100g
= RM18 x 100 = RM1800 ..banyak bezanya!
Soalan 4
Bilakah masa yang sesuai membeli emas?
i)Bila anda anda wang ,dan ada kesedaran-teruslah membeli dan jangan berlengah lagi.
ii)Beli semasa harga emas turun sedikit
(biasanya dalam tempoh 1-3 bulan,anda berkesempatan mendapat peluang
untuk membeli semasa harga terbaik)
Ini tidak bermakna siapa yang membeli
emas sewaktu harga tinggi rugi.Tidak rugi selagi anda tidak
menjualnya,cuma anda tidak dapat memaksimumkan keuntungan sahaja.
iii)Beli secara konsisten setiap
bulan.Peruntukkan sebahagian gaji anda,sebagai contoh 20% untuk simpanan
emas.Atau letakkan target
1 bulan 1 dinar atau 1 bulan 10g mengikut kemampuan kewangan anda
Soalan 5 :
Sebab apa saya perlu simpan emas?
1.Nilai wang semakin jatuh
2.Harga emas semakin naik utk jangka masa panjang
3.Emas adalah aset yg mudah cair
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
5.Pelindung kekayaan
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Soalan 6 :
Bagaimana saya harus bermula ?
Tip Simpanan Emas
1.Penyimpan
Sebagai penyimpan,anda beli mengikut
kemampuan anda. Jika anda mempunyai simpanan di bank,boleh keluarkan ¾
daripada simpanan tersebut untuk membeli emas dan perak.Berdasarkan
pengalaman saya sendiri dan pelanggan-pelanggan yang sebelum ini
penyimpan tegar amanah saham dan koperasi.
Kemudian,rancang bajet anda.Setelah
ditolak perbelanjaan,berapakah baki yang tinggal.Ini penting untuk anda
mengetahui kemampuan anda atau membuat belian bulanan secara
konsisten.Contohnya,1 dinar 1 bulan.
2.Penyimpan merangkap Dealer/peniaga
Beli semaksima yang anda mampu (ambil
kira dahulu faktor lain).Sebahagian untuk simpanan sendiri dan
sebahagian lagi untuk dijadikan stok untuk perniagaan.Apabila anda
mempunyai banyak stok,dan dibeli awal,anda tak perlu gusar apabila
pelanggan membuat tempahan.Komisen pun anda dapat,keuntungan juga anda
perolehi kerana harga emas semakin naik.Anda juga dapat menjimatkan
masa,minyak dan tenaga untuk pergi ambil stok di cawangan.
Anda tak dapat jual-anda masih untung kerana harga emas makin naik.
Anda jual-anda untung kerana anda dapat komisen dan buat tempahan dengan syarikat emas
Anda beli-tetap untung kerana beli
dengan harga ‘We Buy’ dan boleh jual kepada pelanggan yang sedia membeli
dengan anda.Jual dengan harga ‘We Sell’.Anda untung 5%-6% .
Dapatkan info lengkap tentang simpanan emas dengan menghubungi 0133619488 / 0133469988
dengan menaip “Info Emas”,nama dan no telefon anda.
Artikel akan datang :
Masa sesuai untuk tukar wang anda kepada emas
Kenapa saya kata Jangan Melabur dalam Akaun Simpanan Emas
Kenaikan nilai emas :berita buruk bagi yang belum bermula
Artikel dari JutawanGold. TQ
No comments:
Post a Comment